Sunday, March 12, 2006

--"Haku" yang "haru"--

Sepatutnya..
langkah kaki "haku" dah jejak kota Manchester jumaat lepas.
Meneruskan misi tarbiyyah yang menjadi nadi ilmu ukhrawi dan duniawi juga pemangkin motivasi diri.
Bertemu dengan kawan-sahabat-teman seluruh dan seisi bumi Inggeris ini..
Baru dan lama..bukan soalnya..
Tetapi manisnya bertaaruf,berdiskusi,berdebat melontar hujah-pendapat-ulasan itu yang sukar dicari..

Aaaaaargghh..
Rezeki tak menyebelahi "haku"..
Komitmen duniawi(juga tanggungjawab kerana janji sudah dikota)perlu diambil kira pentingnya..
Kita berjanji,kita tunaikan..
Amanah sesama manusia juga harus dijaga..

Namun..
peritnya rasa hati..
motivasi "haku" turut remuk redam hari ini juga semalam..
dek ketinggalan menjejak kota Manchester..
juga ketinggalan mengikut 'daurah' yang DIIDAMKAN...

Image hosting by Photobucket

"Haku" yang haru..
"haru" dan "haku"..

1 comment:

Anonymous said...

take care ukht..:)