Tuesday, October 03, 2006

Anda m.a.r.a.h ??


M.a.r.a.h.

Anda rasa...bila anda marah..apa yang selalu anda buat??Dan pernah tak terlintas di hati anda untuk mengkaji akan rupa dan sikap anda yang mungkin 100% berbeza ketika anda sedang diamuk rasa 'marah' itu sendiri???

Disebut dalam
hadis ke-16 di dalam Himpunan hadis 40 Imam An-Nawawi, daripada Abu Hurairah r.a:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW:

Berikanlah daku wasiat.Baginda bersabda,
Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda, Janganlah engkau marah.

[Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari]

Dengan hadis ini, ia menunjukkan bahawa sifat marah itu patut dijauhkan oleh semua orang, terutama kite2 yg memegang title 'orang mukmin'. Mengapa kite perlu sangat berjaga-jaga dengan sifat marah ni?? Sebabnye...ia tiada membawa kebaikan..cuma keburukan je,pada si pemarah dan orang2 yang kebetulan berada di sekeliling si pemarah.

''Jangan marah'' di sini membawa maksud mengelakkan diri dari sebab musabab yang berpotensi menjalur kepada kemarahan. Juga bermaksud
menahan kemarahan itu. Contohnya tatkala seseorang itu marah, dia tidak memilih untuk terburu-buru bertindak. Tidak pula dia memukul, memaki-maki ataupun mengamuk di tengah jalan.

Lawan kepada marah ialah sabar. Dengan kata lain, untuk membuang sifat marah, maka kite harus dan sangat harus memupuk sifat sabar sesubur-suburnya. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. Tak rugi apa pun, malah orang-orang yang penyabar ni lebih dan lebih lagi disegani dan dihormati oleh orang-orang di sekeliling dia.Lumrah.

Teringat pulak saye akan kata-kata seorang junior, Gagah si lelaki kerana
SABARNYA...Cantik si wanita kerana MALUNYA...

bila di fikir-fikir...ada betulnya..kan??







2 comments:

kingbinjai said...

kimi ni aete, ureshikatta... apa maksudnya?

Anonymous said...

''kimi ni aete, ureshikatta..''
maksudnya..Saye gembira dapat jumpa kamu!!

~dipetik dari Full metal panic OST~