Monday, December 17, 2007

Swiss yang dirindui...


Adik yang masih menuntut di Uni. of Southampton menyimpan cita-cita untuk ke Switzerland pada cuti Krismas hujung tahun ini.Serius dia bertanyakan kepada si kakak apa yang patut dia bawa, tentang matawang, perbelanjaan, bahasa dan tempat-tempat WAJIB di lawati!!

Switzerland, negara salju yang redup mata memandang.Rindu saya pada Lauterbrunnen, tasik yang biru, bunga-bungaan yang indah mekar, gunung-gunung yang membentuk landskap pemandangan yang Subhanallah...Maha Suci Allah Yang Menjadikan.Jungfraujoch dan Kleine Sheddeck yang hanya boleh dilalui dengan jalan keretapi dan kereta kabel merupakan antara tempat yang amat saya rindui keunikannya.


Jadi, buat 'imoto'-ku yang nun di sana, merantau lah sejauh mana yang boleh..selagi peluang terbuka luas di depan mata.Ohh ya, bahasa Jerman perlu dikuasai sedikit kerana orang Swiss kurang fasih berbahasa Inggeris.Bahasa ibunda mereka ialah bahasa Jerman berdialekkan Swiss..Contoh:

'Danke'-terima kasih (B.Jerman biasa)
'Dankeshire'-terima kasih (B.Jerman dialek Swiss)

Selamat berjalan dan rakamlah pemandangan Swiss yang indah itu dengan Nikon S5-mu, ye!!

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.