
Si ibu mengajak si ayah dan si anak keluar bandar untuk berbelanja dapur.Hari itu si ayah baru usai waktu bekerja dan petang masih muda.Untungnya baru pindah ke rumah baru,dekat dengan bandar yang sering menjadi tumpuan rakyat Kota Singa berbelanja.Tak perlu sesak-sesak kerana berebutkan tempat meletak kereta.Ini belum campur troli dan barisan membayar di kaunter.Boleh sakit JIWA!!!
Setelah selesai urusan jual-beli di pasaraya,awan senja merah berarak di langit.Tanda maghrib sudah tiba,sekaligus mengingatkan tanggungjawab kepada Sang Pencipta.Haiya A'las Solat!!Haiya A'lal-falah!!Maka seluruh keluarga ini berkeputusan mengerjakan solat maghrib dahulu di surau pasaraya sebelum memandu pulang ke rumah.Takut tak sempat nanti!!
Usai sudah, si ayah pun memulakan perjalanan pulang.Sambil menumpukan perhatian di jalanraya,si ayah bercerita tentang perihal 2 anak muda yang 'unik' di surau tadi.Anting-anting menjadi topik hangat!!
Kisahnya begini.Seorang dari 2 anak muda tersebut begitu 'rockers' gayanya.Anting-anting terhias di satu cuping telinga,jeans koyak di lutut dan rambut..yeahh..ala-ala raja punk.Sahabat yang seorang lagi berambut panjang tanpa anting-anting di telinga.Masing-masing menunggu si ayah habis mengerjakan solat sebelum mengambil tempat untuk berjemaah berdua.Bertekak di depan si ayah ini..siapa yang patut menjadi imam!!
''Ko imam ek...''si berambut panjang berkata.
''Iskh...mane boleh.Aku kan pakai anting-anting nih''si kawan berdalih.
Si ayah yang baru hendak menyarung kasut,berpaling sebentar dan menjawab.
''Sape-sape pun boleh jadi imam.Pakai anting-anting bukan syarat sah solat kan?Niat solat tu penting.Daaah..pergi solat cepat,''.
Anak-anak muda tu terdiam,kemudian tersengih mengiyakan.Tangan dihulur untuk bersalam dengan si ayah.Senyum si ayah,sejuk hati menyaksikan kesopanan anak-anak muda 'rockers' itu.
Alahai si anting-anting...
No comments:
Post a Comment