Monday, June 20, 2005

~Fitnah pada zaman ini~

Image hosted by Photobucket.com

Nabi s.a.w sendiri telah memperingatkan kita tentang zaman yang bergelora dengan fitnah sebagaimana bergeloranya ombak laut. Manusia sesat daripada aqidah mereka kerana pengaruh harta benda dan tarikan dunia.
Sabda Rasullullah s.a.w:-
"Bersegeralah melakukan amalan(sebelum tibanya)fitnah seperti sepotong malam yang gelap. Ada orang yang pada waktu paginya beriman, dan pada waktu petangnya kafir. pada waktu petangnya beriman,dan pada waktu paginya kafir. Seseorang itu menjual agamanya dengan kesenangan dunia yang sedikit."
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Al-Tarmidhi daripada Abu Hurayrah.Lihat:Sahih al-Jami 'al-Saghir wa Zitadatuh, 2814)
Antara bentuk fitnah pada zaman ini yang diperingatkan oleh Nabi s.a.w menerusi hadithnya ialah: Buruknya kelakuan kaum wanita,rosaknya golongan belia,jihad fi sabililLah ditinggalkan, usaha menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran diabaikan, kekeliruan menetapkan kayu ukur hinggakan perkara yang mungkar dipandang ma'ruf.
Inilah yang disebutkan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah daripada Nabi s.a.w:
"Bagaimana keadaan kamu jika kaum wanita melampaui batas, para pemuda telah rosak, dan kamu meninggalkan jihad."Tanya mereka: Apakah hal seumpama itu akan terjadi ,wahai Rasulullah? Jawab baginda:" Ya, demi Allah yang diriku di tangan-Nya, hal yang lebih dahsyat daripada itu akan terjadi. "Tanya mereka: Apakah hal yang lebih dahsyat daripada itu?" Jawab baginda:"Bagaimana keadaan kamu jika kamu tidak menyuruh kepada yang makruf dan tidak mencegah daripada yang mungkar?" Tanya mereka: Apakah hal seumpama itu akan terjadi, wahai Rasulullah? Jawab baginda:" Ya, demi Allah yang diriku di tangan-Nya, hal yang lebih dahsyat daripada itu akan terjadi." Tanya mereka:"Apakah hal yang lebih dahsyat daripada itu?" Jawab baginda:"Bagaimana keadaan kamu, jika kamu melihat perkara yang makruf sebagai mungkar dan perkara yang mungkar sebagai makruf?" Tanya mereka: Apabila hal seumpama itu akan terjadi, wahai Rasulullah? Jawab baginda: "Ya, demi Allah yang diriku di tangan-Nya, hal yang lebih dahsyat daripada itu akan terjadi. Firman Allah Ta'ala: "Dengan diri-Ku Aku bersumpah, pasti Aku timpakan ke atas mereka fitnah sehingga orang yang baik pun kebingungan."
Kita kini sedang mengahadapi fitnah yang cukup membingungkan. Cuma ada satu formula penyelesaian,iaitu denga kembali kepada Islam, kembali kepada Al-Quran..dustur samawi dan manhaj rabbani yang diturunkan ke atas umat ini.
--dipetik dari hasil tulisan Dr. Yusof Al-Qardawi, 1999--

No comments: