Tuesday, June 14, 2005

~Menyebut Nama-nama Allah~

Image hosted by Photobucket.com

"Hadith. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Katanya:"Rasulullah s.a.w bersabda:" Bagi Allah itu ada 99 nama,seratus kurang satu, tidaklah seorang itu menghafalnya melainkan masuk syurga. Allah itu witir dan suka yang ganjil".
(Surah Al-Hashr: 22-24):-" Allah sebagai sesuatu yang tiada tuhan yang berhak disembah selainnya. Dialah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia pula yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .Dia sebagai Raja, Yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang mengurniakan keamanan...."
(Surah Al-A'raf:180):-" Hanya milik Allah asma-ul husna maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."
Allah SWT telah memperkenalkan dirinya kepada makhluk-makhluk-Nya dengan beberapa nama dan sifat yang layak dengan keagungan-Nya dan kehebatan-Nya. Sebaiknya kita menghafal nama-nama Allah kerana ada keberkatan di dalamnya. Baik sebagai zikir ataupun memperbesarkan kedudukan-Nya.
Allah mempunyai 99 nama yang dikenali sebagai asma-ul husna. Nama-nama tersebut terdapat di dalam Al-Quran sebagai contoh dalam surah 59 ayat 22-24. Nama-nama baik (asma-ul husna)Allah menggambarkan siapa sebenarnya Allah dan tidak ada satu pun yang dapat menyamai nama dan sifat Allah tersebut. Juga tidak ada satu pun makhluk yang mampu melaksanakan kekuatan yang ada di sebalik nama Allah tersebut.
Asma-ul husna menggambarkan kebesaran Allah, sehingga dengan membaca, memahami dan mengamalkan konsekuensi dari kebesaran Allah menjadi suatu keharusan bagi manusia. Dengan demikian sikap mentauhidkan Allah sahaja dari segi nama dan sifat sebagai suatu kewajipan kita.

1 comment:

Anonymous said...

untungnya ada tempat macam ni..kalau saya ada kat situ memang tak lepas peluang pegi memancing..