Tuesday, June 14, 2005

~Kembali kepada Islam,Kembali kepada Al-Quran~

Image hosted by Photobucket.com
(Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidhi daripada 'Ali bin Abu Talib r.a, daripada Nabi s.a.w:-)
"Akan terjadi fitnah seperti sepotong malam yang gelap. Aku bertanya: Ya Rasulullah, apakah ada jalan keluar daripadanya? Jawab baginda: "Kitab Allah Tabaraka wa Ta'ala. Di dalamnya terdapat berita tentang generasi terdahulu, perkhabaran tentang masa depan, dan hukum antara kamu. Ia adalah pemutus bukannya mainan. Sesiapa yang meninggalkannya kerana sombong, dibinasakan Allah. Sesiapa yang memilih petunjuk yang selainnya, disesatkan oleh Allah. Ia adalah tali Allah yang teguh, cahaya-Nya yang nyata, peringatan yang bijaksana, ia adalah jalan yang lurus, ia adalah jalan yang hawa nafsu tak dapat menyelewengkannya, ucapan lidah yang tak terkeliru, dan fikiran tak akan bercelaru. Tidak kenyang para ulama' dan tidak jemu golongon taqwa mengambil petunjuknya. Ia tidak akan usang kerana ia selalu diulang. Keajaibannya tidak akan putus. Ia tatkala didengar oleh jin, tidak putus-putus mereka menyebutkan: " Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan." Sesiapa yang mempunyai ilmu tentangnya, pengetahuannya terkehadapan. Sesiapa yang berkata dengannya, kata-katanya benar. Sesiapa yang berhukum dengannya, hukumannya adil. Sesiapa yang beramal dengannya, beroleh pahala. Sesiapa yang menyeru kepadanya, diberi petunjuk ke jalan yang lurus."

No comments: