Friday, September 02, 2005

---Hadis 2---

Image hosted by Photobucket.com

Daripada Saiyidina 'Umar r.a, beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari,tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,berambut sangat hitam,yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas dua paha Baginda seraya berkata:Wahai Muhammad!Terangkan kepadaku tentang Islam.Lalu Rasulullah SAW bersabda:Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu utusan Allah,(dan bahawa)engkau mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan haji ke Baitullah(Mekah)sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya
.Lelaki tersebut berkata:Bernarlah engkau.Maka kamipun merasa hairan kepadanya,dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.Dia bertanya:Terangkan kepadaku tentang Iman.Baginda bersabda:(Iman itu ialah)bahawa engkau percaya kepada Allah,para MalaikatNya,kitab-kitabNya,para RasulNya,hari Qiamat dab bahawa engkau
percaya Qadar baik dan buruk
.Lelaki itu berkata:Benarlah engkau.Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.Baginda bersabda:Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.sekiranya engkau tidak dapat melihatNya,maka sesungguhnya Dia melihatmu.Lelaki itu bertanya lagi:Terangkan kepadaku tentang Qiamat.Baginda bersabda:Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya
.Lelaki itu berkata:Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam,tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).Kemudian lelaki itu berlalu,lalu aku terdiam sebentar.Kemudian Baginda bertanya:Wahai 'Umar!Adakah
engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?Aku berkata:Allah dan RasulNya lebih mengetahui.Baginda bersabda:Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. (Hadis riwayat al-Imam Muslim)

Pengajaran hadis:
Agama Islam adalah agama yang datang dari Allah.Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbani,iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril.Ia bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek,kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umar manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan 3 tunggak utama,iaitu rukun Islam,rukun iman dan ehsan.
Rukun Islam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah,mendirikan sembahyang lima waktu,membayar zakat,berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahiharam.
Rukun Iman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah,para malaikat,kitab-kitab,para Rasul,hari Qiamat dan beriman pada qadar yang baik dan buruk dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun Islam,menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan.Islam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja,atau batin sahaja atau sifat kerohanian semata-mata.Kesempurnaan Islam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

Ilmu dalam Islam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul.Ilmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama.Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi.Dia sewajipnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu.Itu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari Qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun Iman.Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku,walaupun Rasulullah SAW.Ia adalah sebahagian daripada ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh Allah SWT.Sesiapa yang mengaku bila berlaku Qiamat atau mengetahui ilmu ghaib,maka dia dalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui,namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba,antaranya ialah peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya sendiri,atau menjadi hamba kepada anaknya itu.Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

(sumber dipetik dari himpunan Hadis 40 Imam Al-Nawawi,Permaya.com)

No comments: