
Musafir
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com
berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah
meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah
ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami
semangat syuhada' Ilahi
marilah bermusafir laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x
berbekal keimanan penyuluh disepanjang jalan
mengharap keredhaan doa menjadi kelaziman
marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana
kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x
penat lelah mainan safar tempuhi ranjau banyak bersabar
letih lesu tidak menentu syurga menjadi idaman kalbu
marilah bermusafir laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkenalana
kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x
Lagu ni..mendalam maksudnya..terima kasih banyak buat Encik Hairul and the Crews of Kelanaconvoy, for this lovely and meaningful nasyid song.Sungguh,waktu bermusafir 16-hari bersama teman-teman yang mengikuti kembara Kelanaconvoy,bermacam-macam perkara-ragam-karenah-lawak-lucu-pahit-manis-suka-duka-lelah-letih dan semestinya pengalaman dikutip dengan nilai percuma!Hari yang pertama sudah membuka lembaran baru yang bernama persahabatan,keakraban yang terjalin bukan satu pentas lakonan tetapi atas simpulan tulus yang disulam dengan keikhlasan.Jelas,waktu yang panjang bertahun-tahun bukan ukuran untuk kita mengenali dan memahami sahabat sekitar kita.Tiap orang ada lebih dan kurangnya.Tiap tempat pun ada cacat celanya.Tak kurang diri saya sendiri,memang tak lepas dari salah silap,terkasar bahasa,terlajak kata dan budi bahasa yang perlu digilap lagi.Maaf kerana tak sempat nak benar-benar bertaaruf dengan semua yang lain.Sampai masa,kita jumpa lagi di kembara yang akan datang ya!mudahan-mudahan.
-- Gambar di atas di petik dari aktiviti jalan-jalan cari "souvenir" dengan Iffa di Neuschwanstein Castle,Deutchland--
No comments:
Post a Comment