Monday, October 10, 2005

Image hosted by Photobucket.com

AhLaN WasaHLaN Ya RaMaDHaN!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua..Bulan mulia yang penuh rahmat dan berkah. Bulan ketika bila kitab Al-Quran diturunkan dan menjadi petunjuk untuk umat Islam mengenali dan mengagungkan Allah Yang Maha Kuasa.Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu dan menjalani ibadat puasa/saum yang merupakan tuntutan Rukun Islam yang ketiga. Sama-samalah kita mengintai dan mengisi bulan Ramadhan ini dengan amal ibadat yang lebih cantik dan sempurna, dan semoga tabiat ini berterusan pada hari-hari yang mendatang. Seiring dengan kekuatan, kelapangan dan ketenangan diri yang bertambah positif asbab ibadat saum yang secara tidak langsung mendidik sifat sabar yang amat tinggi.

Daripada Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharap-harap(pahala dari Allah), diampunkan dosanya yang telah lalu."( Hadis riwayat imam Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmidzi, an-Nasaie, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad).

Niat atau nawaitu kita setiapkali melakukan satu-satu ibadat (atau kerja seharian)amat penting. Berpuasalah kita untuk mengharapkan keredhaan-Nya, kerana sesungguhnya tiada daya dan kekuatan yang hadir tanpa izin-Nya.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah (ayat 183):
"Wahai orang-orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Dengan kata lain, ibadat saum/puasa mendidik kita agar menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t

dan lagi, surah Al-Baqarah( ayat 185):
"...dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Terlalu besar nikmat yang dikurniakan Allah Ta'ala kepada kita. Memang tak terkira lagi tak terjangkau banyaknya, dan akal kita sekalipun tak mampu menghitung secara "detail" akan segala nikmat yang diberi kerana segala-gala yang kita miliki adalah milikNya.Selalulah memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Pohonlah agar diluruskan hati agar tak lekang dari selalu mengingatiNya dan digolongkan dalam lingkungan mereka yang bertaqwa. Mudahan-mudahan dipertemukan kita sekali lagi pada Ramadhan yang akan datang.Sama-samalah kita doakan.Amin,amin,amin ya Rabbal A'lamin.

No comments: