"Dan mereka itu tidak di perintah, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada Allah dengan IKHLAS dalam menjalankan agama."
(Surah Al-Bayyinah:ayat5)
Tanda-tanda ikhlas:-
1.Apabila dia merasa sama semasa dipuji atau dikritik oleh orang lain.
2.Melupakan amalan kebaikan yang dilakukan.
3.Tidak menuntut ganjaran perbuatannya melainkan di akhirat.
Memetik kata-kata Al-Qusyairi,yang pernah menyebut akan martabat ikhlas,iaitu "Martabat ikhlas itu yang paling rendah ialah apabila seseorang merasa sama pada waktu terang atau sembunyi".
Sebaiknya setiap individu menanamkan kesedaran akan kebaikan menitip sifat ikhlas dalam menyempurnakan satu-satu pekerjaan yang dilakukan setiap hari.Ini kerana sifat ikhlas menjernihkan amal seseorang sekaligus menyuburkan kolam ketenangan diri.
Tanyalah diri.Cukup ikhlaskah kita dalam menyempurnakan seruan-Nya-solat kita,puasa kita,doa kita,amal jariah kita dan pekerjaan kita sehari-hari?Sama-samalah kita renungkan.
--Sumber dipetik dari "Tazkirah Minggu Ini",oleh Siti Aiesyah Yahaya--
1 comment:
Post a Comment