--Hadis 3--
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab' beliau berkata:aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Islam itu terbina atas lima perkara:Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah.Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa di bulan Ramadhan."
(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)
Pokok Perbincangan Hadis:
1. Binaan Islam:
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkanya masuk syurga serta jauh dari api neraka.
2. Ikatan Antara Rukun-rukun Islam:
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak sepenuhnya-hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu-bukan muslim(ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya(kecuali syahadah)-fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura-munafiq
3. Matlamat ibadat:
Syahadah-syarat diterima amalan lain
Solat-penghubung antara hamba dengan tuhannya-pertama dihisab
Zakat-suburkan harta/berkat-sucikan diri
Haji-tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk melewatkan pemergiannya-wajib segerakan
Puasa-syahwat dikekang/maksiat terhindar-sebab kepada ketinggian darjat di sisi Allah
Pengajaran Hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun Islam lima perkara.Hadis ini mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yan tertegak megah dengan lima batang tiang.Tanpa lima perkara ini Islam seseorang akan goyah dan runtuh.Ini membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap Muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.Menegakkan rukun Islam bermakna kesempurnaan,keteguhan,keutuhann dan keelokan binaan Islam sebaliknya kecuaian beerti keruntuhan,kehancuran dan kemusnahan Islam.
(Sumber dipetik dari Himpunan Hadith 40 Imam An-Nawawi,PERMAYA.com)
1 comment:
Nice blog Mashallah.
Please take a look at mine and link it up here.
Thanks
Post a Comment