Tuesday, November 15, 2005

--Hadis 4--

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a beliau berkata:Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan(iaitu dipercayai).

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama,kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;
iaitu supaya menulis rezekinya,ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang daripada kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta,lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu memasuki neraka.Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka,sehingga jaraknya antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta,lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)

Kefahaman Hadis:
1)Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim:
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya ialah (Surah Al-Haj:5),(Surah Al-Mu'minun:12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat:Sebagai pengajaran kepada manusia..untuk mencapai tahap kesempurnaan ma'nawi mestilah melalui cara((tadarruj))beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
2)Ditiup Ruh:
Sepakat ulama' menyatakan ruh ditiup pada selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami,baginya iddah selama empat bulan 10 hari...bagi menjamin kesucian rahimnya(tidak mengandung).
3)Menggugurkan Janin:
Sepakat ulama' menyatakan haram(setelah ditiupkan ruh)-dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat(denda) bila digugurkan,sekalipun mati selepas itu.
Gugurkan sebelum ditiupkan ruh-jua haram pada kebanyakan pendapat.Ada yang kata boleh tapi itu pendapat yang dhaif.
4)Keluasan Ilmu Allah SWT:
Maha mengetahu keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan sama ada iman dan taat atau kufur dan maksiat,bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar(Al-Syams:7-10).

Pengajaran Hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya,seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dia yang berhak disembah.Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal,kerana kejadiannya yan teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya-manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa yang berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh Islam melalui al-Quran dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau,tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains.Ini adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini.Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi-rezekinya,ajal kematiannya,amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yan susah atau senang.
Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat.Boleh jadi dia sangat baik sepanjang hayat-tetapi di saat akhir dia melakukan perbuatan ahli neraka,iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka.Begitulah dengan sebaliknya.

(Sumber dipetik dari himpunan Hadis 40 Imam An-Nawawi,PERMAYA.com)

4 comments:

Anonymous said...

i like the flowers but too lazy to read the 'karangan' that follows...itu tangkap guna ur own camera?

Anonymous said...

yeah..same here dude..too long lah the karangan..but the photos mmg captivating...ur digital camera good ah...hehe

bean_beh said...

xpe..memula captivated by the photo..perhaps later on captivated by the karangan pulak kan?

:)

Anonymous said...

later on yeah..how later is later?