"Tak mengapa. Profesor doakanlah yang baik-baik untuk saya," pinta Sumayyah sembari mereka melangkah keluar.
"Insya-Allah, jika kamu bertakwa dan bertawakal, anakku; Allah akan beri nikmat-Nya yang kamu tak sangkakan."
Spontan terluncur ayat seribu dinar dari lisan Prof. Abu Harith yang fasih:
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Ini adalah keratan novel "Salju Sakinah" karya Ustaz Zaid Akhtar yang saya suka baca dan ikuti di Utusan Malaysia.com.Novel yang mempunyai plot yang sangat menarik dengan kupasan isu-isu semasa yang diolah dengan kemas sekali. Berlatar belakangkan Al-Bayt,Irbid di Jordan dan Batu Pahat,Johor di Malaysia menjadikan novel ini bonus buat para pembaca yang mahu mengenali dua-dua tempat ini dengan lebih dekat.(selalu teringatkan kampung kat Sri Gading bila baca novel ni..).
Tatkala membaca bait-bait terjemahan ayat seribu dinar ini dalam karangan novel "Salju Sakinah" hari tu,kenangan berikut terimbas satu persatu dalam fikiran.
Ayat seribu Dinar..saya mula mengenali dan menghafaz ayat ini waktu belajar di menengah rendah.Rasanya hampir setiap buku tertulis ayat ini dengan makna-maknanya sekali,asbab guru yang mengajar seakan "mewajibkan" kami anak didiknya menghafaz ayat 1000 dinar dengan lancar.Alhamdulillah,sampai sekarang ayat ini masih terpahat kemas dalam kotak memori saya.Cuma,saya masih tertanya-tanya akan rahsia dan khasiat ayat seribu dinar ini..sahabat sekalian,boleh kongsi bersama?
1 comment:
ALLAH AZZA WA JALLA BERFIRMAN: '[Keagungan] itu kain-Ku; [Membesar diri] itu selendang-Ku. Barangsiapa yang cuba merebut salah satu daripada kedua-duanya daripada-Ku; Sesungguhnya, Aku menyeksanya.' ::(Hadis Qudsi: Riwayat Muslim)::
::Saya Di Bawah Apa Yang Anda Ucapkan dan Di Atas Apa Yang Anda Rasakan Dalam Hati Anda::
.~.:PUNCAK & KEFASIHAN:.~.
~.:SALIMNA:.~
"Hati ini adalah wadah. Yang terbaik di antaranya adalah yang memelihara [isinya]. Maka, peliharalah apa yang disampaikan ini kepada anda."
"Demi Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Saya tidak tahu apa yang akan dikatakan kepada anda. Saya tidak mengetahui apa-apa [dalam hal-hal ini] yang tidak anda ketahui. Saya tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada anda dan tidak dapat saya mengantarkan anda ke suatu hal yang tidak anda ketahui. Anda tentu mengetahui apa yang [kami] ketahui, [kami] tidak mengetahui sesuatu sebelum anda yang dapat [kami] katakan kepada anda. Tidak pula [kami] mempelajari sesuatu dalam rahsia yang harus [kami] sampaikan kepada anda. Anda telah melihat sebagaimana [kami] telah melihat dan anda telah mendengar sebagaimana [kami] telah mendengar. Maka, bertakwalah kepada Allah Azza Wa Jalla dalam diri anda sendiri kerana demi Allah Maha Kuasa kepada anda tidak akan diperlihatkan apa pun, seolah-olah anda buta ataupun menilai seakan-akan anda tidak tahu]."
"Sesungguhnya, [saya membenci kalau-kalau terjadi pada fikiran anda bahawa saya mencintai pujian tinggi ataupun mendengar lagu pujian. Dengan rahmat Allah Azza Wa Jalla, saya tidak seperti itu. Sekalipun misalnya saya menyukai disebut seperti itu, saya akan menyerahkannya dalam ketundukan ke hadapan Allah Maha Esa lagi Maha Agung berbanding menerima kebesaran dan kemuliaan yang atasnya, Allah Maha Suci lebih berhak]."
[Ya Allah; Tuhanku. Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta dan manusia yang merosak. Ya Allah, Engkau adalah Sahabat dalam perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal pergi pada saat yang sama]..
~(:KETAHUILAH:)~
"Jangan Kita Melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang dikatakannya."
Apakah kita merdeka atau hamba? Jika merdeka. Itu benar. Andai hamba, tentu ia akan memenuhi syarat-syarat kehambaan dan ketaatan kepada tuannya.
~(:PIECES OF WE:)~
"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta."
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu orang-orang Shiddiqiendan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka. Al-Hadid :: 19
.:.SALAM KASIH SAYANG.:.
:: assalamu'alaikumwarahmatullah ::
Post a Comment