Thursday, February 09, 2006

--CiKeN Pox(Poppss?)dan sayer---

Al kisah,dua sahabat sehati, sejiwa, seangkatan dan yang sewaktu dengannya diserang virus "Herpes Varicella"sejak 3 minggu lalu.Adik yang menuntut di SoToN pun tak ketinggalan.Masuk kategori mangsa virus ni jugak.Virus nie membawa demam yang dinamakan "chicken pox".Tapi memandangkan terlalu banyak pakar-pakar bahasa di kampus,maka wujudlah istilah baru yang lebih tepat menggambarkan kesakitan penyakit masa kecik nie,iaitu "CiKeN Popss".
Ada apa dengan "CiKeN Popss"ni sebenarnye??
Bunyi macam istimewa.Macam best je,tapi hakikat sebenarnya -->"menderita"!!
....aaarrrrgggghhhhhhh....

Kajian sains perubatan mengatakan manusia akan menghidap "chicken pox" atau"CiKeN Popss"sekali seumur hidup.Ia adalah kes normal apabila seseorang itu terjangkit pada usia kecik-kecik cili padi.Ada hikmahnya bila sakit usia muda macam tuh,antaranya sebab reaksi dan tindakbalas dalaman sangat mantap,pertumbuhan sel kulit baru pun cepat,jadi ruam yang yang timbul akan baik sepenuhnya.Kurang risau pasal parut dan sebagainya.

Lain pulak kes nye bile terjangkit usia muda-muda remaja.Aduhaii..kulit sangat "fragile",risau pasal parut memang tak dapat nak kata.Mama..tolong...anakmu ini bingung sih..nak buat macam mana nih??*adeh*

Bila duduk jauh-jauh macam sekarang nih,memang kawan-kawanlah tempat rujuk kite.Jadi,sayangilah kawan anda..eratkan hubungan jiran tetangga agar ukhwah tu terasa manisnya.

Mari kite check.check.check it out symptom-symptom "CiKeN Popps"
1. demam berhari-hari
2.panas dalam yang mencapai tahap kronik tak buleh tidur malam
3.bintik-bintik atau ruam mula timbul
4.ruam naik ke muka
5.ulser yang tiba-tiba banyak dan pecah bibir
6.bintik-bintik yang timbul mula berair di dalamnya

Jika tanda-tanda di atas ada pada diri anda,sila lah mengambil langkah drastik menjauhkan diri dari lingkungan sanak saudara,sahabat handai,housemate dan room mate anda,lecturer dan librarian yang anda rajin jumpa dan ambillah cuti dari tempat kerja dan tempat studi anda.

Sediakan sepapan atau dua papan paracetamol dan sebotol 'calamine' losyen untuk disapu pada ruam supaya lebih lega dan boleh tidur dengan nyaman(sikit).Air masak jangan dilupa,perlu diteguk semaksima mungkin.

Kenapa sayer memilih entri ini??
Sebab sayer pun antara mangsa virus "Herpes Varicella" yang tak mengenal usia nie..
Huhu..mama..farah pun kena "CiKeN Popps" jugak...
Dugaan sungguh 2006 nie..sabar je lah...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..
Jadi,yakinlah kite akan hikmah yang tersembunyi di sebalik kisah tragis ini..
*tutup kes*

2 comments:

Sufi is me said...

yeaaa..
ini macam la...
Farah dan cikenpops..
hehehhehee
kO gune jugak tajuk cadangan aku ek.. hampeh kO..
huhu..

pr3ttych3rry said...

huhu...aik??berapa lama tempoh kurungan ko ni?? cepat benor?? siap leh jenjalan lagi..kang abis satu plymouth plakk kena ciken popss! muhahaha...

glad ko dah baik!! amacam?? best jadi vegetarian??