Sunday, June 11, 2006

::Twinkle,twinkle little star::

Rasenye ramai antara kite-kite nie yang suke tengok bintang.Saye pun ape kurangnye.Kerja resmi hari-hari kalau hipertensi meninggi tahap kronik dan mahu mereleasekan 'boiler'tension yang tanpa sedar meletup dengan secara tak sengaja.Pejam celik,pejam celik..dengan mata terarah ke langit..
ehh..tanpa dirancang-rancang,tanpa skrip/transkrip/draft monolog sendirian..

Tiba-tiba..
terkeluar lah 2,3 patah ayat versi kekaguman dengan segala kerdip-kerdip yang muncul di malam yang gelap pekat..bercahayakan bulan yang bertabir sinar matahari yang bakal terbit di siang hari.

::"Ehh..cantik bintang tu.Subhanallah.."::

Bagi mereka yang super advance dengan ilmu falak@astronomi,melihat bintang meligatkan lagi kecerdasan mereka mengkaji nama,posisi,musim dan segala yang berkaitan dengan bintang yang ada di kala itu dengan super cermatnya.Betapa untungnya jika 'mata zahir' yang melihat dan berusaha disertai dengan 'mata hati' yang cuba memahami dan menghayati kewujudan bintang-bintang ini sebagai tanda kebesaran Illahi yang Maha Mencipta dan Maha Menjadikan.

Dijadikan bintang-bintang itu sebagai perhiasan di langit,untuk manusia seluruh alam menikmati keindahannya.Ketenangan dan kelapangan hati,perasaan,fikiran yang secara automatik lebih tenteram bila mata mendongak ke langit yang penuh bintang adalah suatu nikmat tanda kasih Allah swt pada hambaNya.Betapa sayangnya Dia sehinggakan aspek ketenangan hamba-hambanya diambil kira dengan begitu 'detail' sekali.

Teringat poem zaman klasik budak-budak tadika dulu-dulu,selalu nyanyi bile tolak buai dengan kawan-kawan..

::Twinkle,twinkle little star,
How i wonder what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.::


When i sing it again..with careful thoughts in my head..
I realize this puzzle-like poem have been answered.
Should i be grateful to the One who creates the little stars that i admire so much each night and wonder about its beauty..
the answer is so obvious.For me.And,i hope..for you too.

::Pandanglah,lihatlah,fikirlah::

1 comment:

Anonymous said...

Maha Suci Allah SWT daripada sifat-sifat kekurangan.

Melalui penciptaan bintang-bintang maka para nakhoda dapat menentukan arah tujuan pelayaran, nelayan dapat mengagak samada mereka boleh turun atau tidak ke laut untuk keesokan harinya.

Dan para ahli ibadah dapat menentukan waktu solah Isyak dan menentukan arah kiblat pada malam hari.