Cukup gembira.
Tersangat gembira hinggakan senyum di muka tak lekang dari jam 6 petang semalam.
Betapa ajaibnya kuasa Allah SWT yang Maha Menjadikan.Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahu akhbar.

Kenal dia,tak sampai setahun.
Baik orangnya,senyum simpul sahaja walaupun sering menjadi mangsa sakat kawan-kawan.
Fasih dia berbicara dalam bahasa bukan Melayu,bukan Cina dan bukan juga Tamil.
Garu kepala jugalah waktu berbicara dengan dia.Petah memberi respon memang bakatnya.
Saya hormat dia,kerana adab bicara dia.Sungguhpun kolam mata ini pernah tewas dek respon dia tentang persoalan tanggungjawab selaku hamba kepada-Nya,namun ketentuan nur dan hati itu di tangan-Nya.Hanya Dia yang Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya yang bergelar 'manusia'.

(sambungan)
Gembira saya, kerana minat dia untuk mendalami fikrah yang dikongsi oleh umat Islam sedunia.Gembira saya kerana dia sendiri bertanya tentang solat yang merupakan TIANG agama.Gembira saya kerana dia bersungguh untuk belajar mengenali pedoman hidup kita yang tidak lain dan tidak bukan iaitu Al-Quranul Karim.Biarpun harus dimulakan dari peringkat yang paling asas,jelas terpancar kesungguhan dia untuk belajar.Dan sesungguhnya,belajar itu tiada hentinya..hingga sampai ke liang lahad.Dek ilmu yang mahu ditimba bak lautan luas yang tidak bertepi,tiada penghujungnya.
Dan saya??Saya tumpang gembira,dan cuba membantu setakat yang termampu.Almaklum,saya juga masih mengorak tangga untuk memekatkan pengisian yang saya sedar tidak semantap mana.Namun,itu bukan alasan. Akan Insya-Allah saya rekemenkan dia ke senior ukhti dan akhwat yang lebih luas bidang ilmu mereka.Telah saya terangkan kepada dia akan kemungkinan itu dan syukur, dia tidak keberatan..syaratnya,saya harus membuat ta'aruf dulu buat dia dan senior-senior itu nanti.
Mudahan-mudahan minat yang terpancar dalam dirinya itu akan kekal tumbuh,subur dan mengakar untuk mengenali keesaan Illahi sekaligus benar-benar memahami tanggungjawab mengabdikan diri kepada-Nya.Biarlah kalimah syahadah yang diucapkan itu benar-benar dilaksanakan..janji yang diberi harus dikota.Bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah SWT,dan Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.
Kerana fikrah kita sama,saya tumpang gembira.Selamat berusaha wahai sahabatku,semoga dikau jumpa nur dan jalan itu.
1 comment:
=)
berusahalah.
tanpa menentukan mana satu yang terakhir,
kerana apabila telah terbuka langkah pertama,
kita hanya perlu mencari noktahnya.
Post a Comment