Malu sayer,adik serumah tegur..
''Akak,nape lame x hupdate blog??''..alias macam nak menyampaikan mesej ke'sawangan' blog si akak.
Adoi..maap ye dik..Bizi sungguh si akak nih men'setel'kan hal-hal 'rush hour' dunia.Almaklum bila cuti panjang(dissertation dalam tangan tak 'insaf' lagi),niat di hati asyik nak MENGULO jek.Ahaks.Inilah namenye ujian kesenangan.Ujian yang 2,3 kali berat dari ujian kemurungan dan kerisauan.Persoalan iman yang selalu didengar perumpamaan berbolak-balik,tenggelam timbul seharusnya diambil pengajaran.
Tapi,entahlah.Bila saraf neuron dalam serebrum nie semakin kurang ligat operasinya,semakin menjadi-jadi penyakit 'tunggu dan lihat'.Dengan kata lain,mencari nahas sendiri.Syaitan durjana pun bergelak sama,yang di mata kita,mungkin tak nampak apa.Biasa-biasa je.
Perancangan selepas nih..insya-Allah nak 'mengulo' jugak..tapi secara berhijrah gitu.Berkonvoi seramai 6 pemudi,berbekalkan kemahiran bahasa Sepanyol yang sungguh minimum ..untuk menjejakkan kaki dan meneroka bumi bersejarah bekas jajahan zaman kegemilangan Islam Uthmaniyyah di Kota Sepanyol.
Itineri perjalanan adalah seperti berikut::-
(bermula dengan daerah Andalusia)
31hb Ogos - 2hb Sept:Granada
2hb Sept - 4hb Sept:Seville
4hb Sept - 6hb Sept:Cordova
6hb Sept - 8hb Sept:Madrid
8hb Sept - 10hb Sept:Valencia
10hb Sept - 12hb Sept:Barcelona
Sejak menonton dokumentari Istana Al-Hambra cadangan Iffa haritu,semakin bersemangat sayer nak menjejak kaki ke sana.Moga hijrah ini,kaki ini dan nafas ini yang bakal dihembuskan di kota besar Sepanyol menjanjikan seribu sau pengajaran buat kami yang akan menjadi 'asing' di bekas jajahan Uthmaniyyah yang gemilang suatu ketika dahulu.
Inilah dokumentari tentang jatuh bangun kuasa Islam di Sepanyol dan sejarah Al Hambta yang sehingga kini dikagumi keunikannya.Tengok jangan tak tengok!
No comments:
Post a Comment