
Sudah seminggu genap berkursus, dengan kuliah selang 2 jam juga senarai tugasan berupa esei-esei yang meliputi pelbagai topik kritikal selaku penjawat awam negara. Uhh...bukan senang rupanya hendak bergelar dan digelar pendidik ya, kalau tak kuat semangat boleh semput dibuatnya! Ini dengan 'title' bujang pun dah rasa sedikit lelah..ishhk...sabarlah wahai hati..Harus rajin mengingatkan diri!
Orang dulu-dulu selalu kata ''Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang sekarang pula kata, kalau nak apa-apa, tanya diri dulu..''Tepuk dada,tanyalah iman. ''
Perancangan memang penting dalam mencapai objektif peribadi dan rasmi sepanjang kursus ini. Tugasan yang diberi tu bukan calang-calang dan boleh 'goreng ikut suka' saja sebab ianya dinilai, kawan-kawan!NILAIAN itu yang merupakan bukti sama ada kita ini layak atau tidak bertugas esok hari kelak. Sudah dipesan , jangan main-main. Jangan terjun api.Jangan main api. Pandai-pandailah bawa diri!

Kalau dulu, perancangan kena tulis dan tampal depan mata. Biar tembus dalam kepala, dalam memori. Takut kalau dibiar bertangguh, memakan diri ..juga HATI!!!Biar berteman air kopi ASDA sampai pagi..yang penting, perancangan kerja tu beres semuanya sekali!!
Sekian entri hari ini. Minta diri dulu!!!:)
No comments:
Post a Comment